PRODUK

Pengenalan Score A Programme ™

Pengenalan

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami.  Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.
Score A Programme™  juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-
Sikap Para Pelajar:-
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.
Masalah Ibu bapa:-
  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
  • Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
Apakah Score A Programme™ ?
  • Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Apakah Pembelajaran Output?
  • Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.
  • Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
    • Kena periksa jawapan sendiri
    • Tidak boleh mengulang soalan
    • Tiada pemantauan masa
    • Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
    • Tidak Interaktif
Apakah Pembelajaran Input?
  • Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
  • Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
  • Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
  • Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

CLICK sini untuk Online Demo, Password: 82828
 

Testimoni

Score A Programme™ – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua !
Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !
Testimoni
Sek. Men. Sains Hulu Selangor – Keputusan Cemerlang – 90% Score “Straight ‘A’s” 7 Tahun Berturut-turut SMS Hulu Sel

Penghargaan & Acknowledgements dari Lain-Lain Sekolah – UPSR & PMR Tahun 2007 Hingga 2009
Penghargaan Sek

Testimoni Dari Ibu Bapa dan Murid Testimoni-1
Testimoni-2
Testimoni-3
Salah satu contoh pelajar yang lemah telah pun maju. Adik Kok Chin Chung – Dari seorang pelajar yang lemah di Tingkatan 1, mendapat Straight A semasa PMR – Sungguh Menakjubkan!
Kok1

Kok2
Dan ramai lagi testimoni pelajar-pelajar Score A Programme™… Beribu-ribu testimoni semenjak program ini di mulakan… Pengiktirafan Khas
Cikgu Rokiah Alias
Mantan Pengetua
Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban, Negeri Sembilan (1998 – 2005)
Pengetua Cemerlang Malaysia “Saya lihat program ini sangat-sangat HEBAT! Program ini WAJIB dilanggan oleh setiap IBUBAPA bagi memastikan KECEMERLANGAN anak-anak dalam peperiksaan. Saya merasa amat bangga bersama program ini dan melihat ramai anak-anak muda BERJAYA. Mereka Boleh! Anda pun BOLEH!”
KESIMPULAN 6P
  1. PELENGKAP kepada sistem pendidikan di MALAYSIA
  2. PEMANTAUAN oleh Ibu Ayah – Wujud hubungan / komunikasi 3 hala di antara Pelajar,Ibu Ayah & Guru.
  3. PRIME TIME” – Waktu yang optimum pelajar untuk mengulangkaji pelajaran adalah berbeza bagi setiap pelajar.
  4. PENGURUSAN MASA – Pelajar akan dibiasakan dengan sistem pengurusan masa sendiri untuk bersedia hadapi peperiksaan.
  5. PEMANGKIN – Pelajar akan sentiasa meningkatkan prestasi mereka setiap masa sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.
  6. PERSONAL & EMOTIONAL BONDING” – Secara psikologi pelajar akan mendapat hubungan emosi lebih rapat dengan Ibu Ayah yang boleh membantu mereka lebih bermotivasi untuk lebih berjaya.
Dr Shukri Abdullah
Pakar Motivasi & Strategi Belajar Malaysia “Program ini bukan saja memenuhi keperluan Output Learning malah ia turut melengkapkan keperluan Input Learning, justeru membantu dengan banyaknya seseorang pelajar dalam membuat persiapan pembelajaran sebelum kelas dan latihan pengukuhan selepas kelas dan lebih-lebih lagi pelajar yang sedang membuat persediaan peperiksaan.”
Rahsia Pelajar Cemerlang

Konsep S.A.T.U.
S edia – Sebelum pergi ke sekolah – baca eNotes, dan
A wal    buat latih-tubi eTopic
T umpu 100% – Dalam kelas – tanya guru sehingga faham.
U langkaji – Balik dari sekolah – buat latih-tubi eTopic.
Mana yang tidak faham, baca eNotes semula.
  • Sebelum peperiksaan: Buat eAssessment, eTrial Exam, ePast Year Exam
  • Ibubapa pula hendaklah memantau perkembangan anak-anak melalui eReport Card.